Sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran tempatan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran jarak jauh, LamboMove telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GEM Live Sdn Bhd dan Marquee International Sdn Bhd untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi penghantaran makanan tanpa sentuh di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jason Yap berkata, LamboMove terus komited menyokong perniagaan tempatan dengan berperanan memenuhi pesanan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP).
“Arahan PKP telah mengehadkan mobiliti dan banyak perniagaan tempatan sedang berjuang untuk mencari cara yang mampan bagi menyampaikan pesanan kepada pelanggan mereka tepat pada masanya.
“Justeru, kami berhasrat membantu mereka dengan menyediakan peniaga menerusi kaedah yang mampan untuk memenuhi pesanan makanan sambil memastikan rakyat terus mempunyai akses ke restoran yang diingini semasa PKP,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan PKS kerana mahu memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan penghantaran yang lancar.
“LamboMove berharap dengan kerjasama itu perniagaan makanan dan minuman (F&B) tempatan terus berkembang meski pun menghadapi masa-masa yang mencabar mendepani penularan koronavirus (Covid-19),” katanya.
An article by Bisnes Sinar – Click here to read the official article.
LamboBlog is brought to you by LamboPlace Sdn. Bhd. (1255316-V).
Do you have an enquiry or would like to reach out to us?
Email us at connect@lamboplace.com
About LamboPlace Sdn. Bhd.
LamboPlace is a Malaysian-homegrown online marketplace that sells only authentic & genuine products.
Start enriching your online shopping experience with us now and enjoy our fast delivery service!
© 2021 LamboPlace Sdn. Bhd. (1255316-V) ·
Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.